Wow.. Bangkok for the first time!
Kota yang terkenal dengan kesesakan…. Walaupon sehingga jam 11.00 mlm waktu bangkok, kota raya ini masih lagi belum dapat lari dari manusia.
Perjalanan kami bermula pada 2 sept 2013 dengan penerbangan awal pagi jam 6.55 pagi dari LCCT dan kami selamat sampai pada jam 8.05pagi di Don Muang Airport (DMK) Bangkok Thailand, yang mengambil masa selama 2jam perjalanan.
Kami telah merancang untuk pergi ke beberapa tempat menarik di sekitar bangkok. Oleh sebab masa yang amat terhad kami telah booking tour guide. Dan tour guide kami adalah Nina seorang yang peramah daripada http://www.tourwithtong.com/ .
Kos nya agak murah iaitu Baht 600 kerana kami mengambil private tour, dan kosnya adalah berdasarkan satu kereta termasuk guide, berbanding tour guide yang lain bergantung kepada jumlah penumpang.
Oleh sebab masa kami yang amat terhad dan perjalanan ke Damnoen Saduak Floating Market di daerah Ratchaburi mengambil masa 1jam setengah. kami terpaksa melupakan untuk melawat tempat tempat menarik lain antaranya, MaeKlong Railway Market, Kanchanaburi War Cemetery, River Kwai Bridge, melawat zoo gajah dan harimau.
Enjoy Foto-foto di Damnoen Saduak Floating Market
Next: Bangkok Travelogue + Halal Food (Part 2)