Setelah tiba di jeti kami terus kan perjalanan menaiki van dengan kos seorang 150Baht dan mereka hantar kami terus di depan hotel di kawasan Ao Nang.
Hotel kami terletak di Krabi Tipa Resort dengan semalam pada harga RM240. Pada hari ini, kami lebih santai kerana masih penat semasa di koh phi phi.
Pada malamnya kami mula mencari tempat makan halal. Untuk pengetahuan semua makanan halal amat mudah dicari. Ada beberapa restoren halal disana, tetapi harganya agak mahal sedikit. Pada malam pertama kami makan di restoren dengan kos 500baht untuk 3 orang.
Pada keesokan hari pula kami mengambil elephant tour pada harga 450baht seorang setelah mendapat offer daripada tour agency yang berada di sekitar Ao Nang.
Setelah penat berjalan kaki, kami mengambil keputusan untuk menyewa motosikal pada harga 250baht sehari untuk memudahkan kami meneroka sekitar Ao Nang.
Petang pula kami membuat keputusan untuk ke Railay Beach dengan menaiki Long Tail Boat.
Untuk kesana anda boleh membeli tiket di kaunter di tepi pantai di Ao Nang pada harga 120Baht return. Untuk pengetahuan semua, pantai ini tidak lah secantik pantai di Koh Phi Phi, tetapi lebih sesuai untuk mandi manda.
Untuk pengetahuan semua, gerai halal banyak terdapat di kawasan berhampiran Krabi Resort. Kebanyakan gerai akan buka pada pukul 1pm dan tutup pada jam 9pm.
Makanan yang dijual sememangnya sedap dan murah dan selalunya penuh kerana tempat duduk yang limited.
Pada malamnya, sebelum kami pulang pada keesokan harinya, kami mencari kedai massage di sekitar Ao Nang kerana tertarik dengan harganya hanya 300baht untuk 2 jam.
Keesokan pagi kami bersiap untuk ke airport untuk pulang dengan menaiki taxi pada harga 450baht setelah menikmati permandangan dan makanan di Krabi.
Tip: Jika anda sampai pada hari Jumaat, boleh lah ke Krabi Town untuk ke pasar malam yang dibuka hanya pada hari Jumaat. Di sana terdapat perbagai barangan dan makanan halal yang sedap dan murah.